Monday, April 26, 2010

Kuliah Maghrib


Alhamdulillah semalam di permudahkan Allah untuk menghadiri Kuliah Maghrib Ustaz Zakaria di Masjid Kg. Nakhoda

Banyak juga yg dapat di pelajari dlm majlis ilmu ni. Semalam ustaz Zakaria membincangkan perihal mengenai sahabat,iaitu hak sebagai sahabat dan semalam sudah sampai ke bab yang ke tujuh iaitu setia pada sahabat.

Kata Imam Ghazali"Berkekalan setia pada kawan itu dan mengekalkan kasih itu sampai mati". tetap kasih kepada kawan itu, kekal sampai mati iaitu selapas mati kepada anak2 dan kawan2 nya.

kata Ustaz Zakaria lg, nak cari kawan yg sempurna mmg x ada, tp terima keburukannya seadanya dan hendaklah memaafkan kesalahan kawan. Antara tanda setia pd kawan adalah kita mendoakan sahabat hidup dan mati tanpa pengetahuan mereka.

Masuk Bab ke lapan dalam bersahabat itu adalah meringan2 kan dan tidak membebankan sahabat. kata Ustaz Zakaria lg niat nak berkawan mesti betul, lillahitaala. Niat berkawan nk berkat doa sahabat jd berkawan dgn org soleh. Berkawan mestilah dgn niat untuk menolong atas agamanya dan menghampirkan diri kepada Allah. Jgn berkawan atas kepentingan dunia.

Antara 5 faedah berkawan yg telah di terangkan oleh Ustaz Zakaria:
1)Faedah dari Ilmunya
2)Faedah Amalannya
3)Faedah dari kedudukannya
4)Faedah Harta
5)Mendapat Syafaat di Akhirat kelak.

Untuk mendapatkan faedah/keberkatan dalam berkawan ini hendaklah berkawan dgn org2 soleh,tok guru. Sempat juga Ustaz Zakaria memberikan gurauan sinis"nak berkawan dgn org2 soleh kene selalu dtg Masjid" haha semoga sedikit ilmu yg di kongsi ni dapat menjalinkan berjuta persahabatan lillahitaala hendaknya..Amim...

No comments:

Post a Comment