Tuesday, July 20, 2010

petunjuk mencari teman



Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana Masih di beri kesempatan untuk berkonsi kepada para sahabat"Petunjuk Mencari Sahabat".

" bila melihatnya teringat Allah".mendengar kata2nya menambahkan ilmu agama, nasihat dan geraknya teringat akhirat, kita lemah, dia bantu kuatkan,tahu kelebihan kita dia sokong ,kita sedih dia gembirakan, tahu cita2 kita, dia dorong, dia tahu kebodohann kita, dia ajar, bila kealpaan dia yg kejutkan, sama2 kita berkawan hingga ke syurga InsyaAllah"

Allah Maha mengetahui Segala Yang tersirat dan yang tersurat di dalam hidup hambanya, adakala kita di uji dengan pelbagai ujian dan dengan ujian itu juga kita pasti akan belajar hikmahnya. Umat Islam itu bersaudara apabila di cubit peha kiri maka peha kanan akan terasa. Semoga kita bersama - sama dapat menemukan sahabat seperti ini yang memandang sahabatnya itu bukan dunia semata tetapi akhiratnya juga turut di ambil kira. Amin~

Thursday, May 27, 2010

Doa agar di permudahkan dalam mencari pekerjaan


Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini, baik bagi agama dan kehidupanku dan hari kemudianku, maka berikanlah ia kepadaku, dan mudahkanlah ia bagiku, dan berkatilah ia kepadaku. Jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini buruk bagiku, buruk bagi agamaku, penghidupanku dan hari kemudianku, maka jauhkanlah aku daripadanya, dan berikanlah bagiku kebaikan di mana pun juga adanya, kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan pemberian itu. - (Riwayat Bukhari).....Amin...

Tuesday, May 18, 2010

Life is Great!!


"Life is a learning process, don't judge today for your tomorrow, Always pray(Doa') and put good effort(Ikhtiar) for better tomorrow, learn and always hear an advice(Tazkirah) from others, make sure your mistake for today is a way for you to make a correction and become a better man for tomorrow and here after(Muhasabah). Lets strive to achieve Al-falah. Then when you have take a decision put your trust in Allah (Tawakal)".Amin.(Mohamad Sufian Bin Hussin)

Monday, May 3, 2010

Kuliah Maghrib"Hak seorang Muslim terhadap muslim yg lain"


Alhamdulillah semalam di permudahkan Allah utk menghadiri Kuliah Maghrib Ustaz Zakaria di Masjid kg.Nakhoda yg bertajuk "Hak seorang Muslim terhadap Muslim yg lain". Antara Hak2 nya yg telah di huraikan secara ringkas melalui kuliah Ustaz Zakaria ini ialah:

1) Memberi Salam
-Apabila berjumpa ucapkanlah salam, kata Ustaz Zakaria hukum memberi salam ini sunat tapi menjawabnya wajib tapi pahala sunat memberi salam ini lebih besar drpd pahala wajibnya. hendaklah memberi salam dengan penuh kerana memberi salam itu adalah mendoakan saudara seislam kita.

"Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh"

memberi salam bukan sahaja mendoakan kesejahteraan tetapi mendoakan semoga rahmat dan keberkatan Allah ada bersama2 saudara seislam kita.

ada beberapa isu yg telah di bincangkan oleh ustaz zakaria antaranya bagaimana hendak menjawab salam yg di berikan oleh seorang kafir. Ustaz Zakaria menyatakan seorang Muslim tidak boleh mendoakan kesejahteraan atau mendoakan keampunan dosa kepada kepada seorang yang bukan Muslim tetapi hendaklah mendoakan agar di berikan hidayah kepadanya. Cara menjawab salam andai seseorang yg bukan muslim memberi salam "Assalamualaikum" kepada anda,Hendaklah menjawab "Wa alaikum" sahaja.

2) Memperkenankan(menghadiri) jemputan/panggilan sahabat.
-Apabila di undang kita harus datang, andai tidak dapat hadir maka nyatakan awal agar sahabat kita tidak tertunggu2. Antara isu yang di bincangkan oleh Ustaz Zakaria ialah tempat jemputan kena pastikan jauh dari maksiat. Tidak berlakunya aktiviti2 yang melanggar syariat Islam cth seperti dalam majlis perkahwinan ada adat bersanding yang merupakan larangan dalam Islam, maka x boleh kita hadir walaupn terima jemputan.

3) Mendoakan Sahabat yang bersin
-Hendaklah mendoakan kepada sahabat yg bersin lalu mengatakan Alhamdulillah. Hal in di bincangkan oleh Ustaz Zakaria di dalam satu hadis di mana seorang sahabat telah bersin tetapi Rasulullah tidak mengucapkan apa2. Apabila ada seorang sahabat lain bersin lalu rasulullah mendoakannya denga menyebut "yarhamkallah", lalu sahabat yg td tu datang kepada rasulullah dan bertanya mengapa rasulullah tidak mendoakannya maka rasulullah menjawab bahawa rasulullah mendoakan sahabat itu kerana menyebut Alhamdulillah ketika bersin manakala kamu tidak. Marilah kita bersama2 mengamalakan menyebut Alhamdulillah ketika bersin kerana bersyukur kepada Allah terhadap nikmat sihat yg telah di berikan.

4) menmberi nasihat kepada sahabat yang meminta nasihat
-Setiap Muslim itu bersaudara dan menjadi kewajipan bagi seseorang Muslim itu untuk menasihati dan menegur kesalahan sahabatnya itu.

5) Bila mengetahui Sahabat sakit maka ziarahilah ia
-Menziarahi sahabat yg sakit dapat menggugurkan dosa2 kecil. Andai x dapat menghadirkan diri maka cukuplah sekadar menyampaikan salam takziah menunjukkan yg kita mendoakan agar sahabat kita itu cepat sembuh dan di rahmati Allah.

6)Apabila Sahabat meninggal maka hantarkanlah jenazahnya
-Apabila sahabat kita meninggal maka solat kan lah jenazahnya dan hatarkanlah jenazahnya sampai ke kubur. berdoalah agar sahabat kita itu di tempatkan di kalangan org2 yg beriman dan yg beramal soleh hendaknya.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( حَقُّ اَلْمُسْلِمِ عَلَى اَلْمُسْلِمِ سِتٌّ: إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ, وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ, وَإِذَا اِسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْهُ, وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اَللَّهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ, وَإِذَا مَاتَ فَاتْبَعْهُ ) رَوَاهُ مُسْلِمٌ


Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Hak seorang muslim terhadap sesama muslim ada enam, yaitu bila engkau berjumpa dengannya ucapkanlah salam; bila ia memanggilmu penuhilah; bila dia meminta nasehat kepadamu nasehatilah; bila dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah bacalah yarhamukallah (artinya = semoga Allah memberikan rahmat kepadamu); bila dia sakit jenguklah; dan bila dia meninggal dunia hantarkanlah (jenazahnya)". Riwayat Muslim.

Panduan tidak sombong


Astaghfirullah hal azim..marilah bersama2 kita beristighfar untuk mengingatkan diri kita yang lalai agar sentiasa mengingati Allah...Di sini nak kongsi sedikit ilmu yg sy dpt dr fb pd page Tazkirah, Harap rakan2 yg lain boleh lah add page tazkirah lepas nie agar kita sentiasa di ingatkan tentang kehidupan akhirat di samping duniawi.

Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. [Surah Luqman:18]

Beberapa panduan daripada Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.

Semoga panduan ini dapat mengigatkan aku dan rakan2 semoga kita tidak sombong dlm apa jua yg kita lakukan tp lebih berhati2 dlm meniti perjalanan kehidupan ini.

Sunday, May 2, 2010

Belajar Adab-Adab Sunnah Rasulullah



Yang ni juz nak share agar kita sama2 boleh amalkan sunnah Rasulullah kepada siapa2 yang ada fb dan x add lg boleh lah add Belajar adab2 sunnah Rasulullah ni(^_^)

(adab rambut,kumis,janggut,kuku : bagian 1)kebersihan adalah sebagian dari iman,terdapat sepuluh sunnah kebersihan,dan fitrah para Nabi a.s. Memotong kumis,memotong kuku,memanjangkan janggut,bersiwak,menghirup air dengan hidung lalu mengeluarkannya,membersihkan celah2 jari,mencabut bulu ketiak,memotong bulu kemaluan,be...berristinja dgn air,dan berkumur(bukhari)dianjurkan menjaga keindahan rambut,tetapi di anjurkan agar tidak menyisir rambut terlalu sering(abu dawud)disunnahkan menyisir rambut dengan tangan kanan(muslim)dilarang mencukur sebagian rambut dan membiarkan sebagian lainnya.(bukhari,muslim,tirmidzi)*misalnya dijambul.dan sejenisnya. .... Dilarang menyambung rambut dgn rambut palsu,seperti dengan sanggul ataupun wig,walaupun rambutnya rontok(bukhari,muslim)pemakaian rambut palsu termasuk tindakan penipuan(bukhari)

(Adab rambut,kumis,janggut,kuku bagian 2)Batas rambut terpanjang bagi laki laki adalah sebatas bahu(muslim,tirmidzi,nasa'i)*rambut Nabi saw. Lurus antara telinga sebelah kanan lurur ketelinga sebelah kiri,laki2 yg berambut lebih dari sebahu,termasuk menyerupai perempuan,dan wanita yg berambut kurang daripada sebahu ter...masuk menyerupai laki2(bukhari,muslim,tirmidzi,nasa'i)dilarang mencabut dan menyemir rambut uban dgn warna hitam.barang siapa menyemir dgn warna hitam,tidak akan mencium harumnya surga(muslim,nasa'i,ibnu majah)boleh menyemir rambut atau janggut uban dgn warna merah ataupun biru(bukhari,muslim)jika rambut dipotong,hendaknya dipotong semuanya atau dipotong bagian belakang saja(nasa'i)*mencukur rambut hendaknya dimulai bagian kepala sebelah kanan. ..wanita haram menggunduli rambutnya(tirmidzi,nasa'i,abu dawud)*kecuali ada penyakit keras,yg mengharuskan gundul.

(Adab rambut,kumis,janggut,kuku bagian 3)sunnah meminyaki rambut dan janggut untuk merawatnya(bukhari,imam malik)*cara meminyaki rambut adalah,letakkan minyak ditelapak tangan,oleskan di alis kanan tiga kali dan alis kiri tiga kali. Kemudian oleskan ke kepala,di gosok gosok sampai minyak masuk ke pori pori. ...ditekank...an bagi laki laki untuk mencukur kumis dan memanjangkan jenggot(bukhari,muslim,tirmidzi,ibnu majah)*janggut boleh dicukur sebatas genggaman tangan(bukhari)sunnah memotong kuku,kuku yg panjang adalah tempat syetan bersembunyi(bukhari,muslim)*Rasulullah saw. Memotong kumis dan kukunya rutin setiap hari kamis dan jumat,barang siapa memotong kukunya pada hari jumat,maka Allah akan menolongnya dari bala bencana dan musibah hingga jumat depannya(tirmidzi)

(adab rambut,kumis,kuku,janggut,kuku: bagian 4) urutan memotong kuku jari jari tangan adalah, Dari mulai jari telunjuk kanan,tengah kanan,jari manis kanan,jari kelingking kanan,jari kelingking kiri,jari manis kiri,jari tangah kiri,jari telunjuk kiri,ibu jari kiri,dan terakhir adalah ibu jari kanan. Dan urutan memotong ...kuku jari jari kaki,adalah: dari kelingking kanan sampai terus kelingking kiri(imam nawawi)*jangan memotong kuku dengan gigi. Di anjurkan agar memotong bulu kemaluan dan mencabut bulu ketiak,setidak tidaknya empat puluh hari sekali.

"An-Nazofatu Minal Iman" Sesungguhnya kebersihan itu separuh daripada Iman. Selamat Beramal..

Friday, April 30, 2010

Kuliah Maghrib "Taubat"


Alhamdulillah semalam di permudahkan lg oleh Allah untuk menuntut sedikit drpd ilmunya di Masjid Amaniah Batu Caves. Kuliah semalam telah di sampaikan oleh penceramah yg cukup hebat iaitu Ustaz Imran Al-Yamani. Tajuk pngajian yg disampaikan olh beliau semalam ialah tentang hadis pilihan iaitu konsep taubat yg sebenar.

Islam membawa erti tunduk dan patuh serta menyerah diri kepada Allah. Ustaz Imran ada menyatakan bahawa Islam adalah satu agama yg syumul iaitu sempurna maka jgn lah kamu menjadi seperti Bani Israil yg menolak sebahagian drpd agama mereka dengan menolak dan mengubah kitab2 yg telah di turunkan kepada mereka. Ustaz Imran al-Yamani juga menegaskan bahawa Al-Quran dan Sunnah adalah petunjuk buat umat akhir zaman yang memang x boleh nk guna separuh dan hanya nak guna yg bersesuaian je kerana Islam itu syumul dan saling melengkapi maka setiap peraturan dalam Al-Quran mesti di laksanakan dengan Adil dan bijaksana.

Beralih kepada pengertian taubat, taubat ialah kembali mentaati perintah Allah dan menjauhi serta meninggalkan larangannya. banyak hadis yg telah di terangkan oleh Ustaz Imran hanya sedikit yg dapat sy kongsikan antaranya adalah hadis Muslim, Rasulullah bersabda setiap anak adam itu melakukan dosa dan sebaik2 org yg melakukan dosa adalah org yg memperbanyakkan taubat. Ustaz Imran menerangkan tentang hadis ini iaitu Manusia itu tetap lemah dan terdedah kepada maksiat. Sifat melakukan dosa itu merupakan sifat fitrah manusia maka perbanyakkan lah bertaubat kerana setiap manusia tidak akan lari dr melakukan dosa walau apa sekalipun pangkatnya.

Taubat itu bukanlah hanya untuk org yg membuat dosa sahaja tp ianya perlu di lakukan setiap hari dan pada tiap2 waktu. Hadis diriwayat oleh Abu Hurairah,Rasulullah bersabda sesungguhnya aku beristighfar lebih drpd 70 kali. Dalam hadis yg lain, Rasulullah bersabda, Wahai sekalian manusia bertaubatlah kamu kepada Allah sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah sebanyak 100 kali. Hal ini di huraikan oleh Ustaz Imran bahawa taubat itu bukanlah untuk mereka yg melakukan dosa sahaja malah ianya perlu di lakukan setiap waktu untuk mengingatkan kita kepada Allah hatta Rasulullah yg ma'sum masih bertaubat apatah lagi kita manusia yg lemah yg memang terdedah kpd maksiat Maka perbanyakkanlah bertaubat.

Daripada Abu Hurairah r.a, Rsulullah s.a.w bersabda barangsiapa yg mati sebelum terbitnya matahari drpd Barat maka Allah menerima taubatnya. Antara syarat2 Allah menerima taubat hambanya ialah:
1) Meninggalkan maksiat yg telah di lakukan
-meniggalkan maksiat serta bnyk melakukan amal soleh.Semua Amalan2 yg baik akan menghapuskan amalan2 yg keji.
2) Merasa menyesal
-Penyesalan itu taubat dan tidak menceritakan kepada orang lain.Sesungguhnya sifat malu itu sebahagian drpd Iman. Maka patutlah manusia itu merasa malu dengan dosa yg telah di lakukannya dan bukan bermegah2 menceritakan maksiat yg telah dilakukannya jika ia merupakan org2 yg beriman.Ustaz Imran juga ada menceritakan tentang orang yg bertaubat tapi masih menceritakan dosa2 yg telah di lakukannya kepada semua org,hal ini boleh menimbulkan sifat bermegah diri dgn dosa yg telah dilakukan padahal manusia itu patut malu dengan dosa yg telah di lakukan.
3) Berazam tidak mengulanginya lagi
-Ini dikatakan taubat nasuha iaitu meninggalkan segala perbuatan dosa yg telah dilakukan.

Bagaimana pula dengan taubat sesama manusia? Hal ini telah di terangkan oleh Ustaz Imran secara ringkas andai anda terbuat silap maka hendaklah meminta maaf kepada insan yg telah kita lakukan kesilapan itu dengan menyebut segala dosa yg telah kita lakukan kepada nya.Andai terambil atau termakan sesuatu bukan hak kita maka minta halal dengan memulangkan balik atau bayar ganti rugi untuk barang yg telah kita ambil@guna tanpa kebenarannya.

Akhir sekali sebelum penutup sempat juga Ustaz Imran bergurau sinis dengan menyatakan di Malaysia ni ada orang yang hanya jaga solat jumaat je padahal Allah menyruh hambanya menunaikan solat 5 waktu sehari semalam, tetapi hanya solat jumaat je yg mampu dia jage. Kadang2 kalo yg advance skit solat sunat hari raya Aidilfitri, kira 2 solat tu jelah yg dia mampu jage sepanjang tahun kata ustaz Imran. Itupun kalo ade yg terlebih sikit campur dengan solat sunat Aidil adha, ade la 3 kate ustaz lg. kemudian Ustaz tanya pd orang2 begini pegangan ape yg kamu pegang?mereka jawab yakin Ahli Sunnah wal jamaah, tp Ustaz mnjawab dngn nada bergurau kalau macam ni la, ini bukan Ahli Sunnah wal Jamaah lg tp "Ahli Sunnat wal Jumaat" kerana org mcm ni hanya solat jumaat dan solat sunnat hari raya je,jd nk jd pegangan ahli sunnah wal jamaah mcm mane kalo solat pn x terjage,Nauzubillah hi minzalik..semoga kita tidak tergolong di dalam golongan2 orang seperti ini.

Semoga sedikit ilmu yg di kongsi ini dapatlah di manfaatkan sekalian sahabat,Insyaallah.Berpesan2 di atas jalan kebenaran dan mencegah di atas jalan kemungkaran hendaknya..Amin...