Monday, May 3, 2010

Kuliah Maghrib"Hak seorang Muslim terhadap muslim yg lain"


Alhamdulillah semalam di permudahkan Allah utk menghadiri Kuliah Maghrib Ustaz Zakaria di Masjid kg.Nakhoda yg bertajuk "Hak seorang Muslim terhadap Muslim yg lain". Antara Hak2 nya yg telah di huraikan secara ringkas melalui kuliah Ustaz Zakaria ini ialah:

1) Memberi Salam
-Apabila berjumpa ucapkanlah salam, kata Ustaz Zakaria hukum memberi salam ini sunat tapi menjawabnya wajib tapi pahala sunat memberi salam ini lebih besar drpd pahala wajibnya. hendaklah memberi salam dengan penuh kerana memberi salam itu adalah mendoakan saudara seislam kita.

"Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh"

memberi salam bukan sahaja mendoakan kesejahteraan tetapi mendoakan semoga rahmat dan keberkatan Allah ada bersama2 saudara seislam kita.

ada beberapa isu yg telah di bincangkan oleh ustaz zakaria antaranya bagaimana hendak menjawab salam yg di berikan oleh seorang kafir. Ustaz Zakaria menyatakan seorang Muslim tidak boleh mendoakan kesejahteraan atau mendoakan keampunan dosa kepada kepada seorang yang bukan Muslim tetapi hendaklah mendoakan agar di berikan hidayah kepadanya. Cara menjawab salam andai seseorang yg bukan muslim memberi salam "Assalamualaikum" kepada anda,Hendaklah menjawab "Wa alaikum" sahaja.

2) Memperkenankan(menghadiri) jemputan/panggilan sahabat.
-Apabila di undang kita harus datang, andai tidak dapat hadir maka nyatakan awal agar sahabat kita tidak tertunggu2. Antara isu yang di bincangkan oleh Ustaz Zakaria ialah tempat jemputan kena pastikan jauh dari maksiat. Tidak berlakunya aktiviti2 yang melanggar syariat Islam cth seperti dalam majlis perkahwinan ada adat bersanding yang merupakan larangan dalam Islam, maka x boleh kita hadir walaupn terima jemputan.

3) Mendoakan Sahabat yang bersin
-Hendaklah mendoakan kepada sahabat yg bersin lalu mengatakan Alhamdulillah. Hal in di bincangkan oleh Ustaz Zakaria di dalam satu hadis di mana seorang sahabat telah bersin tetapi Rasulullah tidak mengucapkan apa2. Apabila ada seorang sahabat lain bersin lalu rasulullah mendoakannya denga menyebut "yarhamkallah", lalu sahabat yg td tu datang kepada rasulullah dan bertanya mengapa rasulullah tidak mendoakannya maka rasulullah menjawab bahawa rasulullah mendoakan sahabat itu kerana menyebut Alhamdulillah ketika bersin manakala kamu tidak. Marilah kita bersama2 mengamalakan menyebut Alhamdulillah ketika bersin kerana bersyukur kepada Allah terhadap nikmat sihat yg telah di berikan.

4) menmberi nasihat kepada sahabat yang meminta nasihat
-Setiap Muslim itu bersaudara dan menjadi kewajipan bagi seseorang Muslim itu untuk menasihati dan menegur kesalahan sahabatnya itu.

5) Bila mengetahui Sahabat sakit maka ziarahilah ia
-Menziarahi sahabat yg sakit dapat menggugurkan dosa2 kecil. Andai x dapat menghadirkan diri maka cukuplah sekadar menyampaikan salam takziah menunjukkan yg kita mendoakan agar sahabat kita itu cepat sembuh dan di rahmati Allah.

6)Apabila Sahabat meninggal maka hantarkanlah jenazahnya
-Apabila sahabat kita meninggal maka solat kan lah jenazahnya dan hatarkanlah jenazahnya sampai ke kubur. berdoalah agar sahabat kita itu di tempatkan di kalangan org2 yg beriman dan yg beramal soleh hendaknya.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( حَقُّ اَلْمُسْلِمِ عَلَى اَلْمُسْلِمِ سِتٌّ: إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ, وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ, وَإِذَا اِسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْهُ, وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اَللَّهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ, وَإِذَا مَاتَ فَاتْبَعْهُ ) رَوَاهُ مُسْلِمٌ


Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Hak seorang muslim terhadap sesama muslim ada enam, yaitu bila engkau berjumpa dengannya ucapkanlah salam; bila ia memanggilmu penuhilah; bila dia meminta nasehat kepadamu nasehatilah; bila dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah bacalah yarhamukallah (artinya = semoga Allah memberikan rahmat kepadamu); bila dia sakit jenguklah; dan bila dia meninggal dunia hantarkanlah (jenazahnya)". Riwayat Muslim.

1 comment:

  1. no 3 tu, mksudnye, kalo ko bersin dan sebut 'Alhamdulillah', so org sekeliling ptut smbut ngan 'Yarhamkallah'?

    ReplyDelete