Friday, April 30, 2010

Kuliah Maghrib "Taubat"


Alhamdulillah semalam di permudahkan lg oleh Allah untuk menuntut sedikit drpd ilmunya di Masjid Amaniah Batu Caves. Kuliah semalam telah di sampaikan oleh penceramah yg cukup hebat iaitu Ustaz Imran Al-Yamani. Tajuk pngajian yg disampaikan olh beliau semalam ialah tentang hadis pilihan iaitu konsep taubat yg sebenar.

Islam membawa erti tunduk dan patuh serta menyerah diri kepada Allah. Ustaz Imran ada menyatakan bahawa Islam adalah satu agama yg syumul iaitu sempurna maka jgn lah kamu menjadi seperti Bani Israil yg menolak sebahagian drpd agama mereka dengan menolak dan mengubah kitab2 yg telah di turunkan kepada mereka. Ustaz Imran al-Yamani juga menegaskan bahawa Al-Quran dan Sunnah adalah petunjuk buat umat akhir zaman yang memang x boleh nk guna separuh dan hanya nak guna yg bersesuaian je kerana Islam itu syumul dan saling melengkapi maka setiap peraturan dalam Al-Quran mesti di laksanakan dengan Adil dan bijaksana.

Beralih kepada pengertian taubat, taubat ialah kembali mentaati perintah Allah dan menjauhi serta meninggalkan larangannya. banyak hadis yg telah di terangkan oleh Ustaz Imran hanya sedikit yg dapat sy kongsikan antaranya adalah hadis Muslim, Rasulullah bersabda setiap anak adam itu melakukan dosa dan sebaik2 org yg melakukan dosa adalah org yg memperbanyakkan taubat. Ustaz Imran menerangkan tentang hadis ini iaitu Manusia itu tetap lemah dan terdedah kepada maksiat. Sifat melakukan dosa itu merupakan sifat fitrah manusia maka perbanyakkan lah bertaubat kerana setiap manusia tidak akan lari dr melakukan dosa walau apa sekalipun pangkatnya.

Taubat itu bukanlah hanya untuk org yg membuat dosa sahaja tp ianya perlu di lakukan setiap hari dan pada tiap2 waktu. Hadis diriwayat oleh Abu Hurairah,Rasulullah bersabda sesungguhnya aku beristighfar lebih drpd 70 kali. Dalam hadis yg lain, Rasulullah bersabda, Wahai sekalian manusia bertaubatlah kamu kepada Allah sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah sebanyak 100 kali. Hal ini di huraikan oleh Ustaz Imran bahawa taubat itu bukanlah untuk mereka yg melakukan dosa sahaja malah ianya perlu di lakukan setiap waktu untuk mengingatkan kita kepada Allah hatta Rasulullah yg ma'sum masih bertaubat apatah lagi kita manusia yg lemah yg memang terdedah kpd maksiat Maka perbanyakkanlah bertaubat.

Daripada Abu Hurairah r.a, Rsulullah s.a.w bersabda barangsiapa yg mati sebelum terbitnya matahari drpd Barat maka Allah menerima taubatnya. Antara syarat2 Allah menerima taubat hambanya ialah:
1) Meninggalkan maksiat yg telah di lakukan
-meniggalkan maksiat serta bnyk melakukan amal soleh.Semua Amalan2 yg baik akan menghapuskan amalan2 yg keji.
2) Merasa menyesal
-Penyesalan itu taubat dan tidak menceritakan kepada orang lain.Sesungguhnya sifat malu itu sebahagian drpd Iman. Maka patutlah manusia itu merasa malu dengan dosa yg telah di lakukannya dan bukan bermegah2 menceritakan maksiat yg telah dilakukannya jika ia merupakan org2 yg beriman.Ustaz Imran juga ada menceritakan tentang orang yg bertaubat tapi masih menceritakan dosa2 yg telah di lakukannya kepada semua org,hal ini boleh menimbulkan sifat bermegah diri dgn dosa yg telah dilakukan padahal manusia itu patut malu dengan dosa yg telah di lakukan.
3) Berazam tidak mengulanginya lagi
-Ini dikatakan taubat nasuha iaitu meninggalkan segala perbuatan dosa yg telah dilakukan.

Bagaimana pula dengan taubat sesama manusia? Hal ini telah di terangkan oleh Ustaz Imran secara ringkas andai anda terbuat silap maka hendaklah meminta maaf kepada insan yg telah kita lakukan kesilapan itu dengan menyebut segala dosa yg telah kita lakukan kepada nya.Andai terambil atau termakan sesuatu bukan hak kita maka minta halal dengan memulangkan balik atau bayar ganti rugi untuk barang yg telah kita ambil@guna tanpa kebenarannya.

Akhir sekali sebelum penutup sempat juga Ustaz Imran bergurau sinis dengan menyatakan di Malaysia ni ada orang yang hanya jaga solat jumaat je padahal Allah menyruh hambanya menunaikan solat 5 waktu sehari semalam, tetapi hanya solat jumaat je yg mampu dia jage. Kadang2 kalo yg advance skit solat sunat hari raya Aidilfitri, kira 2 solat tu jelah yg dia mampu jage sepanjang tahun kata ustaz Imran. Itupun kalo ade yg terlebih sikit campur dengan solat sunat Aidil adha, ade la 3 kate ustaz lg. kemudian Ustaz tanya pd orang2 begini pegangan ape yg kamu pegang?mereka jawab yakin Ahli Sunnah wal jamaah, tp Ustaz mnjawab dngn nada bergurau kalau macam ni la, ini bukan Ahli Sunnah wal Jamaah lg tp "Ahli Sunnat wal Jumaat" kerana org mcm ni hanya solat jumaat dan solat sunnat hari raya je,jd nk jd pegangan ahli sunnah wal jamaah mcm mane kalo solat pn x terjage,Nauzubillah hi minzalik..semoga kita tidak tergolong di dalam golongan2 orang seperti ini.

Semoga sedikit ilmu yg di kongsi ini dapatlah di manfaatkan sekalian sahabat,Insyaallah.Berpesan2 di atas jalan kebenaran dan mencegah di atas jalan kemungkaran hendaknya..Amin...

No comments:

Post a Comment